Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesan terakhir sebelum ajal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesan terakhir sebelum ajal

Pesan terakhir sebelum ajal|”Mak, saya tak dapat balik raya nanti sebab nak kerja cari duit banyak-banyak untuk mak.” Itulah ungkapan akhir seorang nelayan remaja sebelum hilang di laut selama enam hari dan mayatnya ditemui jam 9.10 pagi tadi.

Mohd Syami Hasing, 17, hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, jam 1 tengah hari Jumaat lalu sebelum mayatnya ditemui di Perairan Sungai Ayam, di sini, kira-kira 40 batu nautika dari tempatnya hilang.

Dalam kejadian itu, bot tunda dinaiki bersama tiga rakannya yang lain terbalik akibat dipukul ribut dan angin kencang menyebabkannya hilang manakala tiga rakannya dapat menyelamatkan diri. Ibunya, Rosnah Laivah, 61, tidak menyangka pesanan akhir anak bongsunya itu sehari sebelum kejadian yang menyatakan tidak dapat pulang berhari raya kerana mahu mencari wang menjadi kenyataan.

Rosnah berkata, dia menyangka anaknya itu sekadar bergurau apatah lagi beliau baharu berpindah ke Endau, Mersing dari Kudat, Sabah untuk bersama anak-anaknya yang lain yang sudah setahun berhijrah ke negeri ini untuk mencari rezeki.

“Amir (Mohd Syahmi) menelefon saya sehari sebelum kejadian kerana mahu memberitahu tidak dapat pulang ke Endau untuk berpuasa serta berhari raya kerana mahu mencari duit untuk saya. “Kami memang miskin dan terpaksa berhijrah dari Kudat ke Johor bagi mencari sinar baharu namun tidak menyangka hajat Amir untuk membahagiakan saya dan keluarganya tidak kesampaian.

“Apatah lagi mengenangkan dia sanggup tinggal seorang diri menyewa di Pontian dan bekerja sebagai nelayan sejak setahun lalu bagi mencari wang untuk keluarga,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, hari ini. Terdahulu, Rosnah membuat pengecaman ke atas jenazah anaknya itu di unit berkenaan.

The post Pesan terakhir sebelum ajal appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbdYUq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.