Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Menang Perlumbaan Marathon 23KM Biarpun Hanya Berstokin, Berjaya Pecah Rekod Masa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Menang Perlumbaan Marathon 23KM Biarpun Hanya Berstokin, Berjaya Pecah Rekod Masa


Ibrahim Mukunga Wachira, 27, menjadi sensasi internet apabila berjaya memenangi satu perlumbaan marathon berjarak 23 kilometer apabila menyelesaikan pertandingan itu dengan hanya berstokin.

Bukan itu sahaja, lelaki dari Kenya itu turut membuat rekod baharu apabila merekodkan masa terpantas dalam pertandingan tersebut.

Menurut laporan, Ibrahim pada mulanya tidak bercadang pun untuk memasuki acara marathon tersebut dengan berstokin sahaja.

Kata OddityCentral, Ibrahim memberikan kasutnya kepada seseorang untuk disimpan namun ketika wisel dibunyikan, dia tidak sempat mengambil kasut tersebut.

Malah, Ibrahim turut meminta bantuan dari pihak penganjur untuk mencari penyimpan kasut terbabit, namun gagal.

Disebabkan itu, Ibrahim hanya mempunyai dua pilihan - satu dengan mengundur diri dari marathon terbabit, kedua berlari menggunakan stokinnya sahaja.

Tidak mahu mengaku kalah, Ibrahim mengambil pilihan kedua.

"Ia sangat sukar pada awalnya," kata Ibrahim kepada portal Delfi.

"Terutamanya ketika di atas jalan raya, tapi ketika di atas tanah, ianya lebih senang untuk berlari dan lama-lama saya sudah terbiasa."

Pada kilometer ke-11, Ibrahim sudah pun mendahului perlumbaan terbabit dan akhirnya menang dengan perbezaan masa empat minit dengan naib juara.

Masa rasmi Ibrahim adalah 1 jam, 13 minit dan 23 saat yang juga merupakan masa terpantas untuk acara Tartu Half-Marathon itu.

Saat kemenangan Ibrahim juga turut dirakam dan dijadikan inspirasi kepada netizen.

Sumber: OddityCentral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qACXC5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.