Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu GrabCar dapat manfaat menerusi MoU dengan Perodua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu GrabCar dapat manfaat menerusi MoU dengan Perodua

KUALA LUMPUR: Langkah Grab Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bakal memberi manfaat kepada para pemandu GrabCar menerusi penawaran perkhidmatan nilai tambah berkaitan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata ini termasuk pengurangan tempoh pendaftaran GrabCar selain menjadi pusat sehenti khidmat penyelenggaraan dan alat ganti, pembaharuan insurans dan cukai jalan.

"MoU ini merupakan cabang baharu untuk Perodua kerana dapat mengetengahkan produk kami kepada pasaran berskala besar menerusi (platform) Grab," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perkhidmatan itu turut merangkumi faedah lain seperti pakej harga istimewa untuk model kenderaan seperti Bezza, Myvi dan Alza serta kadar sewa beli lebih kompetitif.

Sementara itu, Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata syarikat itu sentiasa mengenal pasti peluang kerjasama yang saling menguntungkan bagi mengurangkan kos pemanduan dan pemilikan kereta yang sememangnya menjadi antara kebimbangan utama.

"Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan rakan pemandu dalam bidang-bidang seperti memperluaskan akses terhadap pilihan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai, cekap serta mampu untuk digunakan," katanya.

Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, Perodua berjaya menyerahkan sejumlah 64,600 unit kenderaan atau 35.4 peratus daripada keseluruhan bahagian pasaran industri dengan Axia mencatat 22,000 unit, Bezza (19,500 unit), Myvi (13,900 unit) dan Alza (9,300 unit).

- BERNAMA

KAI KAI GRN AS INA 31/05/2017 18-06ST



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkmX4h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.