Jabatan Imigresen Kelantan tahan GRO warga Thailand di Gua Musang
Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata selain enam wanita tersebut yang berusia antara 22 dan 47 tahun itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki melindungi warga asing berkenaan.
Serbuan di dua lokasi itu adalah sebahagian daripada Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan bagi mengesan kehadiran warga asing khususnya wanita yang bekerja sebagai GRO, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau berkata dalam serbuan bermula pukul 11 malam tadi, enam wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan di premis hiburan berkenaan.
Wan Mohammed Saupee berkata pemilik premis akan menyediakan perkhidmatan karaoke dengan hidangan arak manakala wanita terbabit ditugaskan untuk melayan pelanggan yang kebanyakannya penduduk tempatan dan pekerja warga asing.
Beliau berkata kesemua enam wanita terbabit dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkdj1E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment