Terjun dari tingkat tiga sekolah
MURID Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Andalas, Klang cedera di kepala dan retak tulang leher selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, hari ini.
Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa ditemui terbaring di kaki lima oleh guru.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, murid itu segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, bagi mendapatkan rawatan.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari sejak Rabu lalu kerana mengalami sakit telinga.
"Mangsa turut memaklumkan kepada bapanya dia tidak mahu ke sekolah hari ini kerana tiada persefahaman dengan rakan sekelas," katanya.
Alzafny berkata, sebelum kejadian, mangsa berada di kelas di tingkat tiga bangunan sekolah.
Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan pengawas turun ke dewan bagi sesi perhimpunan tetapi memberitahu akan turun kemudian.
Menurutnya, siasatan menemui terdapat satu kerusi di koridor bertentangan kelas dipercayai digunakan mangsa untuk terjun.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan retak tulang leher tetapi stabil dan sedar.
"Motif kejadian masih disiasat dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbkfMp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment