Tiga Pendaki Everest Maut, Seorang Hilang
KATHMANDU: Tiga pendaki maut di puncak Everest hujung minggu lalu dan seorang lagi hilang.
Seorang pegawai mengesahkan ia disifatkan episod paling dahsyat di atas gunung tertinggi dunia itu sejak runtuhan salji melanda kem yang mengorbankan 18 pendaki dua tahun lalu.
Lebih 12 pendaki juga diselamatkan daripada gunung setinggi 8,848 meter (29,030 kaki) itu sejak tiga hari lalu, selepas berhadapan kesukaran ketika cuba ke puncak, kata pengendali operasi menyelamat helikopter.
Tiga kematian sejak hujung minggu lalu menjadi angka kematian kepada lima setakat ini, disebabkan dilanda cuaca tidak menentu, angin kencang dan suhu sejuk luar biasa.
Pendaki Slovakia, Vladamir Strba, ditemui mati semalam, beberapa ratus meter dari puncak, kata pegawai Jabatan Pelancongan Nepal, Kamal Parajuli.
Katanya, mangsa ditemui di atas tanda 8,000 meter dikenali sebagai zon maut gunung berkenaan, kawasan yang juga meragut nyawa pendaki Amerika Syarikat, Roland Yearwood.
Kawasan berkenaan dikenali sebagai zon maut kerana bentuk muka bumi yang sukar dan hampir tiada udara, yang menyaksikan paras oksigen meningkatkan risiko penyakit berkaitan ketinggian. AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q11UpY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment