Hi! Welcome Back and Stay Tune! TOLONGGGGGG…MAKKK…PEDIHHHH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TOLONGGGGGG…MAKKK…PEDIHHHH

TOLONGGGGGG…MAKKK…PEDIHHHH

Assalamualaikum FS. Saya amat tertarik dengan cerita-cerita yang dikongsikan dalam blog ini. di samping bacaan sebagai hiburan, kita dapat mengambil pengajaran dan pengetahuan juga.

Terima kasih kerana sudi menerbitkan kisah saya ini. Sebelum itu, saya ingin menekankan bahawa kisah ini tidak menekankan aspek “seram” tetapi lebih kepada “sentimental seram”. Maaf juga sekiranya terlalu panjang.

Saya seorang gadis kampung yang tinggal (sudah semestinya di kampung) heheh. Biarlah nama kampung ini saya rahsiakan takut kalau-kalau ada cowok-cowok yang ingin masuk meminang gadis di kampung saya terpaksa batalkan pula hasrat mereka. Hehehe…

Kisah ini terjadi semasa saya berumur 11 tahun. Di kampung, budak-budak yang sebaya dengan saya ibarat satu “geng” yang akan pergi ke mana-mana bersama. Dalam “geng” tersebut, saya sangat rapat dengan seorang yang bernama Atikah. Walaupun Atikah lebih pendiam, saya lebih selesa berkawan dengannya. Kami akan ke sekolah agama rakyat (surau yang dijadikan tempat mengaji dan belajar ilmu agama) bersama-sama.

Atikah seorang yang terang hati tetapi saya malap-malap sedikit…hehehe. Sebelum pulang, ustazah akan meminta setiap murid membaca surah hafazan. Jika gagal, kami tidak dibenarkan pulang sehingga berjaya membaca surah. Disebabkan Atikah terlalu baik dan pandai memujuk ustazah, Atikah sering membebaskan saya dari tahanan penjara sekolah agama saya. pendek kata, Atikah yang sering bacakan surah hafazan untuk saya supaya saya bebas. Terima kasih “kawan”.

Pada pertengahan bulan September tahun 2003, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan saya. Atikah sering bertanya kepada saya apa akan saya lakukan kalau dia menjadi hantu dan datang mengganggu saya. waktu itu, saya yang masih tidak mengerti apa-apa dan menjawab “kalau Tikah jadi hantu, jangan jadi yang terbang-terbang atau lompat-lompat ye”.

Atikah memandang saya sinis. Saya mendiamkan diri. Sebelum saya meninggalkan Atikah, dia sempat memegang tangan saya dan berkata “nanti tolong Tikah ye”. Saya angguk dan pergi. Sewaktu saya mengayuh basikal, saya dapat rasakan Atikah sudah mula merasai sesuatu bakal terjadi kepada dirinya.

Selang beberapa hari selepas perbualan tersebut, Atikah menunjukkan sesuatu kepada saya. Di dalam beg Atikah terdapat sehelaai kain putih lebih kurang dua meter beserta nota. Atikah berkata “kalau Atikah nakal, nanti mak bungkus dengan kain ni”…baru aku tahu Atikah sangat menjaga tertibnya kerana ibunya sering mengugutnya sedemikian… Allahuakbar. Kau memang anak solehah “kawan”.

Awal bulan November 2003. Tarikh yang tidak akan saya lupakan. Peristiwa hitam itu memutuskan persahabatan saya dengan Atikah. Saya pulang dari sekolah agama rakyat dengan Atikah. Kami mengayuh basikal. Saya di depan, Atikah di belakang. Terlalu lambat kayuhannya. Saya menjerit “Atikah, cepatlah, nak terkencing ni”. Atikah hanya tersenyum sambil memandang ke sebelah kiri iaitu tapak perkuburan islam.

Sekitar tapak perkuburan tersebut dipenuhi dengan pokok durian dan rambai. Dahannya besar-besar dan ada yang rapuh! Ya, dahan yang rapuh itulah yang meragut nyawa Atikah! Saya meneruskan kayuhan dengan agak cepat. Atikah pula semakin rapat di belakang. Tiba-tiba, krakkkkkkkkk! Bunyi dahan pokok durian itu masih terngiang-ngiang di benak fikiran saya. Atikah menjerit “Jumaaaaaaaaaaaa!” saya tidak menoleh ke belakang kerana ingin melepasi dahan tersebut dan saya berjaya. Krakkk! Dahan tersebut jatuh dan waktu itu jugalah jantung saya luruh melihat Atikah terbaring dengan darah yang tersembur dari kepalanya. “Atikahhhhhhhhh!”……………

Selesai urusan bedah siasat Atikah di hospital, mayat Atikah dibawa pulang. Rumah Atikah hanya selang sebuah rumah dari rumah saya. saya tidak berani ke rumah Atikah kerana takut dengan ibunya. Sekarang, satu persatu kata-kata Atikah saya cuba hadam. Pertama “kalau Atikah nakal, Atikah akan dibungkus dengan kain ni”. Ya! Sekarang Atikah sudah “dibungkus”. Keduaaa…………… “kalau Atikah jadi hantuuuuuu”… Saya berhenti berfikir dan mengharapkan kata-kata itu tidak akan berlaku!

Selsai bacaan tahlil di rumah arwah Atikah, ibu dan ayah saya pulang ke rumah. Saya mendapatkan ibu dan bertanya “Mesti mak Atikah sedih kan ibu?”. Ibu menjawab “Eh, kejap. Macam tak nampak ibu Atikah waktu bacaan tahlil tadi, kan abang?”. Ah, sudah………

Pukul 11.45 malam. Saya masuk ke bilik untuk tidur. Sejujurnya, saya masih terkenangkan arwah Atikah dan kehilangan maknya sewaktu majlis bacaan tahlil anaknya. Saya tidak sedar saya terlena. Tiba-tiba, saya terjaga kerana saya terdengar suara Atikah. ya saya pasti itu suara Atikah tetapi otak saya masih waras untuk mengingat bahawa Atikah sudah meninggal dunia. Dalam hati, saya berkata “pulanglah ke duniamu kawan. Jangan ganggu aku”. Saya mendengar rintihan Atikah meminta tolong sayup-sayup di rumahnya. Tolongggggg.. Mak…tolongggg mak…pedihhhhh… Saya bersyukur kerana “dia” bukan di rumah saya.

Keesokan harinya, jiran sebelah rumah datang ke rumah saya. dan topik yang dibincangkan sudah dapat saya teka iaitu “suara arwah Atikah pulang malam tadi”. Ibu saya tidak mempercayai kata jiran saya tetapi percaya setelah saya mengaku bahawa saya juga terdengar suara tersebut.

Malam itu, saya ditemai oleh mak saya ketika tidur. Seperti yang dijangka, suara rintihan Atikah masih kedengaran. Tolonggggggg pedi Jangannnnn. Mak pedihhh makkk. Tolonggggg……. Allahuakbar. Kenapa dengan nasibmu kawan. Aku.. Aku tak mampu nak tolong…….

Sejak peristiwa suara itu, ramai orang kampung yang terserempak dengan “Atikah” pada tengah malam yang masih berbungkus. Menurut cerita orang kampung, bungkusan Atikah tidak kotor dan seolah-olah dia tidak terkena tanah langsung!

Kejadian tersebut sampai ke telinga ketua kampung kami. Orang ramai sudah mula takut untuk keluar rumah… aktiviti malam dibekukan. Anak-anak dilarang pergi mengaji ke rumah ustazah. Orang ramai datang ke rumah Atikah untuk berjumpa dengan ibu ayahnya. Saya juga memberanikan diri untuk datang apabila dipaksa oleh ketua kampung kerana saya satu-satunya saksi kejadian kematian menyayat hati Atikah.

Soalan bertubi-tubi diajukan kepada mak dan ayah Atikah tetapi ibu Atikah hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba, isteri ketua kampung bersuara “Eh, kau letak mana baju-baju arwah yang berdarah tu. Ada kau suruh orang kampung tolong basuh dan bakar?” PAP! Ibu Atikah tersentak! Ibu Atikah bertanya “kena bakar ke? Saya dah basuh. Ada saya simpan. Hanyir pun dah hilang”. Semua orang terpaku.

Isteri ketua kampung bertanya lagi “Hanyir darah tu hilang? Kau basuh dengan apa?”. Ibu Atikah menjawab “Dengan limau nipis”.  Astaghfirullahalazim. Semua orang beristighfar. Ketua kampung tanpa sengaja menengking “Darah orang mati jangan dibasuh dengan asam limau! Dibakar je! Patutlah arwah pulang ke rumah mengadu pedih pedih! Lain kali jangan pandai-pandai!

Patutlah pakaian Atikah “bersih” seperti yang didakwa oleh orang kampung yang terserempak dengan arwah.

Setelah itu, semua baju-abju Atikah dibakar. Tidak ada satu pun yang tinggal. Uztaz yang pandai dijemput ke kampung saya untuk memulihkan keadaan. Alhamdulillah keadaan Atikah sudah baik. Atikah sudah tidak berlegar-legar. Atikah sudah tenang di alam sana…

Saya masih tidak faham dengan sikap ibu Atikah. Rupa-rupanya, sewaktu orang lain bertahlil, ibu Atikah sedang sibuk membasuh darah di baju Atikah dengan limau nipis.

Misteri ibunya mengugut Atikah dan seolah-olah menganiaya mayat Atikah masih belum saya tahu. Saya pun telah berpindah ke negeri lain. Saya dah pandai menghafaz ayat hafazan juga. hehehe… Kalaulah kau ada kawan, aku nak kau dengar aku membaca surah… sekarang aku hanya membaca surah untuk kau dari jauh…semoga kau tenang di sana KAWAN.

P/S sebab tu lah orang kata kalau ada kemalangan jalan raya, darah orang tu cuci cepat-cepat dan elok-elok. Takut ada yang buat khianat…wallahualam… Sekian..

Sumber Fiksyen Shasha



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5doWs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.