Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ (udang palsu) tak merah,” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ (udang palsu) tak merah,”

Sekali pandang memang nampak macam udang tapi sebenarnya bukan!

Perkara ini didedahkan oleh seorang lelaki dalam sebuah video yang kini tular di media sosial.

Lelaki berkenaan juga mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Menerusi video berdurasi satu minit 32 saat itu, lelaki berkenaan telah menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.

“Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ tak merah,” katanya dalam video tersebut yang ditujukan untuk masyarakat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.

Selepas udang tersebut direbus dan diangkat dari dalam kuali, dia menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.

“Yang tiruan seperti jeli,” katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.

“Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang,” dakwanya.

Laporan tentang makanan palsu bukanlah satu perkara baharu di negara ini.

Sebelum ‘udang jeli’ ini muncul, terdapat beberapa laporan mengenai telur, beras dan tembikai, juga didakwa palsu dan dibawa masuk dari China.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qyDuQY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.