Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Kes Tebusan Wanita - Penyamaran Polis Sebagai Pegawai Perubatan Berjaya Menyelamatkan Mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Kes Tebusan Wanita - Penyamaran Polis Sebagai Pegawai Perubatan Berjaya Menyelamatkan Mangsa


Anggota polis yang menyamar menjadi pegawai perubatan telah berjaya menyelamatkan wanita yang berusia 20-an itu selepas 2 jam menjadi tebusan di Jalan Damai -Luyang berhampiran Plaza Damai, Kota Kinabalu, malam ini, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian itu ketika jam 9.35 malam, anggota polis terbabit mempunyai peluang setelah menyamar untuk mendekati suspek yang berusia 27 tahun itu yang juga dikatakan seorang warga asing dan akhirnya tebusan diselamatkan serta lelaki terbabit dapat diberkas.

Selepas diselamatkan,wanita itu yang dipercayai tidak cedera, namun trauma dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 di sini untuk rawatan lanjut.


Sumber berkata, polis yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan kaedah itu bagi menyelamatkan wanita terbabit yang diheret sejauh 1.5 kilometer dari rumahnya dan diacu dengan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter di leher.

Anggota polis yang menyamar mendekati suspek kononnya untuk memberi rawatan kepada tebusan dan pada masa berbincang dengan suspek sebelum menangkapnya.

Setelah wanita berkenaan diselamatkan, wanita itu kelihatan menangis seperti ketakutan sebelum ditenteramkan oleh beberapa anggota paramedik yang memberikan bantuan,

Dia kemudian dibawa ke HQE untuk memdapat rawatan lanjut, katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, sebelum kejadian, memecah masuk sebuah rumah di Taman Istimewa di sini, kira-kira 7.35 malam.

Menurutnya lagi, tindakan suspek sebelumnya ingin merompak walau bagaimanapun hasratnya didapati gagal setelah disedari oleh penghuninya yang berada di kawasan berkenaan,


Lelaki itu yang kelihatan panik dengan segera melarikan diri dari rumah berkenaan. Ketika beliau ingin melarikan diri, suspek didapati menarik seorang wanita di rumah bersebelahan dan menjadikannnya sebagai tebusan, jelasnya lagi.

Setelah diberkas, suspek kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0E0ak

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.