Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zakir Naik Sah Dapat Kerakyatan Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zakir Naik Sah Dapat Kerakyatan Arab Saudi


RIYADH – Kerajaan Arab Saudi memberikan kerakyatan negara tersebut kepada pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Abdul Karim Naik, menurut laporan media antarabangsa.

Beliau menjadi tumpuan ekoran merupakan individu dikehendaki di India kerana didakwa konon membiayai aktiviti keganasan dan terlibat pelaburan wang haram sehingga menerima waran tangkap notis merah Interpol.

Menurut laporan media Arab Saudi, pendakwah kelahiran Mumbai yang kini berusia 51 tahun itu berjaya meninggalkan India pada tahun lalu untuk mengelak daripada ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kerajaan India dilaporkan sedang berusaha keras untuk membatalkan pasport antarabangsa Zakir dan meminta pihak Interpol agar mengeluarkan notis merah terhadap beliau bagi membolehkan usaha penangkapan beliau.

Sumber kerajaan Arab Saudi dipetik portal Middle East Monitor melaporkan bahawa Zakir yang berada di negara Asia Barat itu akan dipaksa kembali ke India jika pasportnya berjaya dibatalkan oleh pihak imigresen di Mumbai.

Bagaimanapun Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kemudian dilaporkan berkenan memberikan taraf kewarganegaraan kepada Zakir untuk melindungi keselamatan beliau daripada cuba ditahan pihak Interpol.

Namun, laporan eksklusif tersebut tidak dapat disahkan ekoran ada pihak mendakwa Zakir menyangkal berita itu, tetapi semakan terhadap status penafian berkenaan pula menunjukkan ia bukan kenyataan rasmi beliau sendiri.

Pada November tahun lepas, akhbar berpengaruh Hindustan Times di India melaporkan konon Zakir sudah diberi kerakyatan Malaysia, tetapi perkara tersebut dinafikan keras oleh pihak Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Zakir yang juga Presiden Islamic Research Foundation dan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat kebangsaan pernah diberikan pihak imigresen Malaysia taraf sebagai Penduduk Tetap sejak lima tahun lepas.

Beliau yang sering menjelajah ke seluruh dunia untuk berdakwah bagaimanapun dibenci gerakan anti-Islam ekoran kejayaannya mematahkan hujah bukan Muslim ketika berceramah sehingga menyebabkan ramai memeluk Islam.

Ini menyebabkan Zakir pernah menerima ugutan jenayah termasuk ancaman bunuh dengan tawaran ganjaran cukup lumayan jika ada sesiapa yang berjaya memenggal kepalanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7suxV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.