7 iklan Raya 2017 yang anda patut tonton
Sedih, kelakar, namakan sahaja. Dengan pelbagai tema penceritaan, syarikat-syarikat tempatan menampilkan iklan-iklan yang begitu menarik sempena sambutan Hari Raya Aidifitri tahun ini, dengan mesej penting yang ingin disampaikan.
Berikut adalah tujuh iklan Hari Raya Aidilfitri yang anda perlu tonton:
1. Dari Hati Ayah - Astro
Kisah sebenar mengenai seorang ayah, Adli yang mahu menebus kembali kesilapan lalu dan mengotakan janji terhadap anaknya, Luqman yang autistik.
Kehidupan Adli berkisarkan mengenai perjalanannya dalam mendapatkan kemaafan dari Luqman, tetapi adakah Adli sendiri telah memaafkan dirinya?
Iklan ini juga dilakonkan semula oleh Adli sendiri dengan kemunculan istimewa oleh Luqman, anak autistik beliau.
Ramai warga media sosial meninggalkan pandangan mereka di ruangan komen video ini, antaranya pengguna Facebook, Indra Utama Rohayani yang berpendapat penerapan mesej kemaafan yang dibawa dalam iklan ini di luar kebiasaan.
2. Dugaan Raya Aida - TNB
Harapan yang bertukar dugaan, memberi keceriaan sempena lebaran. Pelbagai cabaran yang perlu Aida ditempuhi untuk beraya bersama keluarga di kampung.
Dengan durasi 4 minit 2 saat, ramai yang memuji teknik sinematografi dan kesan khas filem ini.
Ada juga berkata pujian perlu diberikan kepada lakonan mantap 'Aida' yang berjaya menyentuh emosi penonton.
3. Pengorbanan Ayah - Hypp Inspirasi
Pengorbanan seorang ayah adalah demi kebahagian keluarga. Seorang ayah juga berkorban demi menyelesaikan pertelingkahan anak-anak kesayangan mereka. Cuma, pengorbanan watak ayah dalam iklan ini sedikit berbeza.
4. Wayang Sayang - Maxis
"Selepas kahwin, perlahan-lahan sayang menjadi wayang."
Iklan ini menceritakan bagaimana sepasang suami isteri yang terpaksa berpura-pura mengenai kebahagian mereka.
5. Selamat-kan Hari Raya - BSN Malaysia
Sedang semua orang sibuk dengan persiapan Hari Raya, ada pula yang sibuk nak buat jahat. Mujur ada Raj dan Chong. Apa ceritanya?
6. Linah - CIMB
Apabila adiwira mahu pulang beraya bersama insan yang tersayang.
7. Goodbye Good buy - Mudah.my
Menurut YouTube, iklan ini merupakan iklan Hari Raya yang paling mendapat jumlah tontonan setakai ini. Sejak ia dimuat naik pada Mei lalu, iklan ini mencatatkan 5,098,514 tontonan
Jadi iklan raya 2017 yang mana menjadi pilihan anda? Kongsikan kepada kami dengan hashtag #LebaranAWANI!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tO28OL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment