Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terlalu Banyak Ketidaktentuan Dalam Pasaran Minyak Mentah Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terlalu Banyak Ketidaktentuan Dalam Pasaran Minyak Mentah Global

Sentimen terkini dalam pasaran minyak mentah global memberi sedikit kelegaan kepada harga komoditi ini yang berada di bawah tekanan sejak beberapa bulan lalu.

Data terbaru inventori minyak mentah US yang dikeluarkan oleh EIA (Energy Information Administration) mencatatkan pengurangan sehingga 2.5 juta berbanding jangkaan pengurangan hanya 1.2 juta tong minggu lalu. Pengurangan stok ini juga lebih banyak daripada yang dicatat minggu lalu.

Data API yang dikeluarkan semalam pula mencatat kejatuhan inventori sebanyak 2.7 juta.

Harga minyak WTI dan Brent-oil melonjak selepas data ini dikeluarkan sebentar tadi, namun menjunam semula setakat pukul 11 malam. Setakat ini harga minyak WTI didagang tidak jauh daripada paras pembukaan harga hari ini di paras $43.44 setong. Manakala minyak Brent didagang di sekitar $46.0 setong.

Pasaran akan terus meneliti perkembangan sentimen yang bermain dalam pasaran ini di mana terdapat ura-ura bahawa OPEC akan memotong bekalan minyak yang lebih banyak daripada jumlah semasa 1.8 juta tong sehari.

OPEC dan non-OPEC telah berusaha mengimbangi bekalan penawaran dalam pasaran yang meningkat khususnya dari Amerika dengan perjanjian pemotongan bekalan selama enam bulan bermula pada Januari. Namun, ia masih dilihat belum cukup untuk membawa harga stabil ke paras $50 setong. Oleh itu, OPEC melanjutkan pemotongan dengan jumlah sama sehingga sembilan bulan yang bermula pada Jun 2017 dan berakhir pada Mac 2018.

Hal ini masih dilihat belum mencukupi untuk membawa harga ke atas semula dengan harga terus menjunam sejak awal Jun. Terbaru menteri minyak Arab Saudi Al-Falih berkata akan mempertimbangkan untuk menambah jumlah pemotongan, namun perlu menunggu sedikit masa lagi untuk membiarkan harga lebih stabil.

Berikutan komen oleh Al-Falih, tiga daripada delegasi OPEC dilaporkan membantah cadangan beliau dan ini telah menunjukkan harga sekali lagi berada di bawah tekanan setakat pukul 11.17 malam pada Rabu.

The post Terlalu Banyak Ketidaktentuan Dalam Pasaran Minyak Mentah Global appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQ9e84

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.