Untungkah meninggal pada bulan Ramadhan?
Sememangnya kematian merupakan satu saat yang hiba dan menyedihkan bagi sesiapa sahaja. Pemergian orang yang amat dikasihi dan disayangi boleh membuatkan seseorang berasa sangat terkesan, apatah lagi jika pemergian itu terjadi secara mengejut dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Apabila ada rakan atau ahli keluarga yang terpaksa berdepan dengan kematian dalam bulan Ramadhan, kita seringkali terbaca ayat-ayat seperti "Syukur beliau meninggal dalam bulan Ramadhan. Insya Allah dijanjikan syurga buatnya," ataupun "Alhamdulillah golongan husnul khatimah, dah terlepas daripada azab kubur."
Macam-macam 'fadilat' dan kelebihan meninggal dalam bulan Ramadhan yang kita nampak ramai orang cuba promosikan. Tapi benarkah begitu bernilainya meninggal dalam bulan yang penuh keberkatan ini?
Adakah ramai orang berdoa agar mereka 'diambil' dalam bulan Ramadhan supaya dapat terus masuk jannah tanpa perlu dihitung amalannya?
Meninggal pada bulan Ramadhan VS meninggal semasa beramal pada bulan Ramadhan
Firman Allah:
وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan." (Surah Az-Zukhruf, ayat 72)
Allah juga berfirman:
وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". (Surah al-A’raf, ayat 43).
Ada banyak lagi firman Allah mengenai perihal yang sama dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Asr misalnya, Allah telah menyatakan bahawa apabila manusia mati, ada empat perkara yang menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau tidak iaitu (1) iman, (2) amal soleh, (3) berpesan kepada kebenaran dan (4) berpesan dengan tekun serta sabar.
Pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka ditutup
Walaupun pintu syurga dikatakan terbuka luas semasa datangnya bulan Ramadhan, ia tidak bermakna sesiapa sahaja boleh terus masuk ke dalamnya. Mereka masih memerlukan "tiket" untuk masuk. Empat kriteria yang disebut tadi itulah "tiket" masuk ke syurga.
Dan "tiket" itu amat mudah diperolehi semasa bulan Ramadhan kerana keimanan yang meningkat, di samping amalan soleh yang Allah berikan pahala berlipat kali ganda. Ya, memang mudah nak masuk syurga pada bulan Ramadhan, tapi ia tidak bermakna semua orang dijanjikan syurga 100%.
Orang kafir misalnya, mereka tidak punya iman. Sudah tentulah mereka tidak boleh masuk syurga.
Mati dalam iman
Terdapat satu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (#22813):
"Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha ill-Allah, menuntut akan wajah Allah dan itu merupakan perbuatan akhirnya, maka dia akan masuk syurga. Dan barangsiapa yang berpuasa, menuntut akan wajah Allah dan itu merupakan perbuatan akhirnya, maka dia akan masuk syurga. Dan barangsiapa yang bersedekah, menuntut wajah Allah dan itu adalah perbuatan terakhirnya akan masuk syurga."
Hadis ini menunjukkan bahawa orang yang diterima masuk syurga hanyalah orang yang mati semasa dalam keadaan beriman kepada Allah.
Tiada keistimewaan khusus mati dalam bulan Ramadhan kecuali seseorang itu mati semasa mengerjakan amal soleh sebagai perbuatan terakhirnya dan matinya adalah dalam keimanan.
Jelas kini bahawa tiada guna kita dipanggil menghadap Ilahi dalam bulan Ramadhan tetapi dengan sengaja kita telah meninggalkan puasa, melakukan kejahatan atau tidak mengerjakan solat. Sebab itulah ramai orang alim berebut-rebut nak buat kebaikan.
Bagi kita orang yang biasa-biasa ini, bilakah perbuatan amal soleh terakhir yang kita lakukan? Adakah perbuatan terakhir kita sebelum mati merupakan komen kecaman di Facebook ataupun sembang gosip sambil mengumpat rakan sekerja?
Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber : http://iluminasi.com
via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQJ4TD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment