Mangsa 'Kemalangan' Di Hadapan Komplek Yayasan Pahang Tanjung Lumpur Meninggal Dunia
KUANTAN: Selepas bertarung nyawa hampir dua minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), akhirnya mangsa kemalangan di simpang lampu isyarat Komplek Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur dekat sini meninggal dunia sekitar jam 11.00 pagi tadi.
Dalam kejadian pada 7 Jun lalu, mangsa iaitu Wan Aina Syazwani Wan Ali, 22, yang memandu kenderaan jenis Honda Jazz dipercayi telah dirempuh oleh sebuah lori tiga tan. Kejadian dipercayai berlaku apabila lori terbabit yang dipandu seorang lelaki menghala ke Sungai Soi di sini mengalami masalah brek dan merempuh kereta dipandu mangsa.
Kenderaan arwah rosak teruk ketika kejadian dan beliau dipercayai mengalami kecederaan parah dan telah dibeah beberapa kali. Pemandu lori yang dikatakan merempuh beliau juga cedera, selepas lori tersebut terbalik. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sebelum ini, rayuan sumbangan darah jenis "O" telah disebarkan. Ramai pihak yang bersimpati dengan nasib arwah sebenarnya. Tambahan pula kejadian berlaku pada bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh keberkatan.
Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Syaidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih selepas solat zohor dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Marhum, Pekan petang tadi. #pdonews
Sumber: pahangdaily
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tNIcLT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment