Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika Masakan Terlebih Garam, 4 Cara Ini Boleh Kurangkan Rasa Masin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika Masakan Terlebih Garam, 4 Cara Ini Boleh Kurangkan Rasa Masin

Ada masa dan ketikanya, masakan yang kita masak rasanya terlebih garam. Nak kata sebab berangan, tidak mungkin. Lainlah jika anak dara, kononnya jika masak terasa masin tanda hendak kahwin. Walau apa pun alasannya, apa yang penting bila masakan yang dimasak terasa masin cuba cari helah untuk pastikan sajian tersebut masih boleh dikurangkan rasa masinnya dan dapat dijamah dengan enak.

7 Petua Hilangkan Rasa Masin


Petua 1

Bunjutkan sejemput kelapa parut dan dengan menggunakan kain jarang. Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.


Petua 2

Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.


Petua 3

Masukkan kentang yang dibelah empat ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.

Petua 4

Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya.

Petua 5

Masukkan daun pisang yang dicuci bersih di dalam hidangan yang masin tadi. Biar selama 30 minit dengan api yang sudah ditutup.


Petua 6

Tambahkan sedikit gula agar dapat mengimbangi rasa hidangan yang dimasak.

Petua 7

Jika masak gulai atau kari dan terasa masin, tambahkan santan dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.

Sumber: keluarga.my



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVn1G8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.