Susulan Kes Pergaduhan Pelajar Sekolah Di Nilai. Kedua-Dua Penjaga Akhirnya BERSEMUKA & Akhirnya… !!!
NILAI – Dua pelajar sebuah sekolah menengah di Mantin, di sini, yang terbabit dalam pergaduhan sehingga video perbuatan mereka tersebar dalam laman sosial sejak semalam, sudah berdamai.
Gambar (Bulatan) adalah hiasan.Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil berkata, pihak sekolah mengetahui kejadian itu Isnin lalu selepas melihat video berkenaan, mengambil tindakan segera mengadakan pertemuan terhadap kedua-dua pelajar terlibat bersama penjaga masing-masing.“Jabatan dimaklumkan mengenai kejadian ini oleh pihak sekolah hari ini (semalam), di mana kejadian itu berlaku di luar kawasan sekolah.
“Dalam pertemuan diadakan, kedua-dua mereka dan penjaga saling memohon maaf. Mereka bersetuju untuk berdamai. Jadi, kami anggap kes ini telah selesai,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, pihak sekolah juga dicadangkan mengambil tindakan disiplin sekiranya kedua-dua pelajar itu didapati bersalah serta mengadakan sesi kaunseling.
Selain itu, katanya, pihak jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah juga akan meningkatkan lagi usaha mengesan dan menggelakkan konflik berlaku dalam kalangan pelajar, sekali gus membendung kejadian sama berulang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, pergaduhan berkenaan melibatkan pelajar tingkatan lima dan empat.
Beliau berkata, punca kejadian adalah disebabkan kejadian perli memerli dan mengutuk sesama sendiri menerusi Facebook. “Sebelum kejadian, pelajar tingkatan empat itu telah mengutuk pelajar tingkatan lima menyebabkan mereka bersemuka. Pelajar tingkatan lima itu menyahut cabaran bertumbuk di luar sekolah.
“Pergaduhan berlaku Jumaat lalu, dalam jam 1 petang di taman permainan dengan jarak kurang 100 meter dari sekolah. Kedua-dua kumpulan berkumpul dan dua antara mereka memulakan pergaduhan,” katanya di sini, semalam. Beliau bagaimanapun berkata, ibu bapa kedua-dua pelajar itu sudah mengetahui kejadian itu, namun tidak mahu isu itu diperbesarkan.
“Tiada laporan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak. Bagaimanapun, polis akan lakukan siasatan menyeluruh dalam hal ini,” katanya. Dalam rakaman video berdurasi 1.15 minit itu, dua remaja lelaki bergaduh, manakala lebih 10 pelajar berpakaian seragam sekolah, bersorak menyaksikan pergaduhan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAMJBL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment