Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untuk Mak Kain Buruk Mak Pun Aku Sanggup II - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untuk Mak Kain Buruk Mak Pun Aku Sanggup II

Untuk Mak, Kain Buruk Mak Pun Aku Sanggup II

Terima kasih untuk admin & aku harap confession aku kali ini dapat disiarkan untuk tatapan umum. Aku mohon & berharap &merayu pada kalian yg membaca, andai punya ibu tolonglah jaga dia betol2.

http://ift.tt/2tNMZwV

Pada bahagian 1 (klik link di atas), itu adalah confession aku perihal hari raya tahun 2016. Ya. Aku korbankan segalanya untuk Mak aku. Dan pada tahun lepas juga sebenarnya ada insiden yg aku tak confess dalam thread sebelumnya. Pagi raya tahun lepas lah untuk pertama kali nya dalam sejarah hidup aku Mak aku sendiri yang memohon maaf dkt aku. Dan beberapa pesanan telah dia tinggalkan utk aku terutamanya bab Solat, Al-Quran dll untuk aku titik beratkan andainya dia dah tiada. Ya lah. Bila pagi2 raya kau dipesan bab kematian oleh mak sendiri, air mata mana yg tak jatuh deras kan. Dan Demi Allah, benda ini lah yang membuatkan aku sejuta tersentak & bila diingat kembali, seolah-olah memberi 1001 petanda. Dan beberapa pesanan soal bernikah juga telah dia pesan dkt aku. Antara nya yg masih aku ingat sekitar bulan January sampai lah bulan April Kahwin cepat2. Nanti xde orang nk jage kau. Tumpang mak & ayah sihat kuat lagi ni.. Dan Sumpah aku tak pernah terbayangkan peristiwa2 ngeri. Hanya aku bayangkan, dia memujuk memandangkan aku ni jenis yang tak berapa nak ambil kisah soal untuk berkahwin (boleh klik link di atas why aku lengah2 kan soal aku untuk berkahwin)

Dan Ya. Pada hari ini segala yg diucapkan menjadi kenyataan bila pagi Jumaat April yg lalu Mak aku dijemput oleh Sang Pencipta. Dijemput tanpa ada sebarang sakit yang membuatkan hati aku susah utk menerima kenyataan. Dan itu lah permohonan maaf yg buat aku sejuta tersentak & terkedu selama aku hidup. Dan bersungguh-sungguh dia meraikan raya tahun lepas & berkata raya tahun itu adalah raya yang paling dia seronok walaupun pada aku kurang meriah sebab kebanyakan adik beradik, saudara giliran ke rumah mentua. Dan bersungguh-sungguh dia mengajak untuk membuat kuih raya setelah beberapa tahun hanya membeli walaupun aku tahu dia tak se-cergas mcm orang lain. Dia meyakinkan aku yang dia boleh buat semampu mungkin. Seolah-olah memberi petunjuk yang itu kuih raya terakhir yang dia akan buat untuk keluarga.

Kali ini, hampir setiap pagi seusai sahur sewaktu aku mengambil angin dan sedikit nyawa di luar rumah, setiap kali itu juga aku menunggu. Menunggu andaikata dia tiba-tiba pulang walaupun itu tak mungkin terjadi. Hampir setiap kali menunggu, setiap itu jugak terdetik di hati mana la dia ni. Tak balik balik lagi. Lama sangat dah ni Dan tatkala itu juga terdetik, andai dia pulang aku cuma nak memberitahu Tolong jangan pergi lagi. Walaupun cuma 1 hari pun jangan. Tolong jangan. Orang dah cuba tapi orang tak mampu. Tolong lah ada dekat sini. Jangan lah pergi… Dan bicara hati tu terhenti dengan sendiri bila Azan Subuh berbunyi.

Hari ini tewasnya aku dengan keadaan sekeliling beserta laungan takbir yg nak tiba lagi bberapa hari ni menambah sayu. Yang mana saban tahun orang itu dengan aku telah tiada. Hanya mampu melihat suatu keadaan tanah tertanda batu nisan beserta nama Arwah Mak. Tidak terlintas ini akan terjadi dan inilah benda yang paling aku takuti dalam hidup. Dan masih segar peristiwa kepulangan aku paling jauh dari selatan dengan hanya untuk melihat sekujur jasad yg kaku di atas katil dan siap untuk dikafankan sedangkan dua hari sebelum itu aku masih berbual dengan dia. Tak akan aku lupa bagaimana aku dalam keadaan punahnya hati mencium dahi & pipi yang dah sejuk untuk kali terakhir sedangkan dahi & pipi itu masih panas seminggu sebelum itu. Selepas dahi aku cium, aku berundur sedikit ke belakang, melihat bahagian muka jenazah ditutup kapas sebelum dibalut kain kafan. Laju air mata yang turun sebab aku tahu itulah saat terakhir wajah penuh Mak yang tenang dapat aku tatap dan lihat. Tak akan aku lupa juga berdiri di tepi liang lahad melihat tubuh orang yang paling aku sayang kaku di dalamnya dengan orang sekeliling mula mengambus tanah. Selalu tengok dalam drama konon2 nak pengsan tepi lahad. But percayalah when the time comes, it really happen. Memang berpapah untuk berdiri sebenarnya. Tak sanggup untuk aku mengambus. Tak sampai hati untuk aku tinggalkan dia seorang diri. Tanah seakan lembik. Lutut seakan tiada. Dunia seakan hilang. Cuma berharap benda kembali seperti biasa pagi esok dan ini cuma mimpi ngeri yang panjang.

Tiada kata mampu diucap melainkan air mata yang deras & mengharapkan agar dosa aku diampunkan. Kalau diberi pilihan sama ada dihiris pisau ataupun dugaan ini, pasti aku pilih untuk dihiris. Berat nya, Tuhan saja Maha Mengetahui. Selagi masih hidup, tempat yang pedih itu akan ditoreh & dirobek berkali-kali . Aidilfitri aku dah mula macam kurang bermakna. Aidilfitri yang membuatkan hati sayu dan memberontak meminta agar dipercepatkan tempoh untuk diri sendiri. Bulan ini hampir setiap malam Bacaan Yassin Ayah aku dah mula tersekat-sekat dalam sedu sedan. Dan aku hanya mampu mengusap badannya. Tanpa banyak patah kata yang terluah. Bukan senang nak memujuk seseorang yang isteri kesayangan telah tiada. Lebih-lebih lagi isterinya itu adalah mak aku. Setiap hari aku pohon untuk dipertemukan kembali & hampir setiap doa aku pohon disampaikan salam rindu untuk Mama. Biar dia dan seisi makhluk langit tahu yg aku terlalu rindu sebab aku tau kali ni jauh sangat & Mak mustahil untuk pulang. Dan lagi beberapa hari menanti aku hilang tangan yang aku akan salam untuk memohon ampun. Hanya sebuah doa & pengharapan besar, berharap agar tangan itu juga nanti yang akan menjemput saat waktu aku sudah terusai. Mungkin saat itu, rindu sudah terubati. Mungkin saat itu pelukan tak lagi terlepaskan. Dan mungkin saat itu adalah kebahagiaan untuk aku yang tak akan terhenti. Mak, rehat & tidur lah sebagaimana Abg pernah tidur panjang dalam perut Mak 23 tahun dahulu. Pergilah Mak. Abg izinkan Mak pergi. Abg dah redha bila masa itu dah tiba walaupun berat hati nak menerima yg tahun ini dan mendatang Abg tak ada Mak

bak lirik lagu Sudirman, dari jauh ku pohonkan ampun maaf. Cuma kali ini terlalu jauh, ma. Terlalu jauh.. T_T

Buat rakan-rakan situasi ketiadaan itulah yang buat kau makin menghargai sekecil-kecil perkara yang masih wujud sebab kau dah hilang satu perkara besar dalam hidup. Perkara yang tak mampu ditukar-ganti. Maka perkara-perkara kecil sajalah yang tinggal untuk kau kutip dan raikanraikanlah setiap satu perkara yang kau ada, yang masih kau miliki. Sambutlah setiap tangan dengan ucap salam kemaafan & zahirkanlah rasa sayang. Kerana kau, aku & mereka termaktub oleh janji pasti dijemput yang tidak tahu entah bila. Salam aidilfitri untuk yang menjelma lagi beberapa hari. Selamat!!!

Anak Lelaki Sulung Mak

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tO1uAG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.