Agong Berbuka Puasa Bersama Anggota Kabinet
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama barisan anggota kabinet di Istana Negara di sini malam ini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Antara menteri Kabinet yang hadir adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Majlis berkenaan turut dihadiri perwakilan asing dari beberapa negara antaranya Maghribi, Pakistan, Maldives, Mesir dan Gambia.
Majlis berbuka puasa itu kemudiannya diikuti dengan solat Maghrib yang diimamkan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob, manakala solat Isyak dan solat sunat Tarawih dipimpin Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Zulkifli Salleh. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tt33oe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment