Fenomena peti sejuk Ramadan, sarat dengan makanan dan minuman percuma untuk mereka yang memerlukan
LEBIH 150 peti sejuk yang sarat dengan makanan dan minuman percuma menjadi fenomena amal jariah terbaru di Dubai pada Ramadan kali ini.
Usaha bersedekah dan berkongsi yang digelar ‘Ramadan Sharing Fridge’ itu dimulakan oleh aktivis wanita dari Australia dengan seunit peti sejuk pada Ramadan 2016.
Sumayyah Sayed bermula dengan meletakkan peti sejuk sarat dengan makanan dan minuman percuma itu di luar kediamannya untuk penduduk tidak berkemampuan.
Kini, sekurang-kurangnya 25,000 penduduk menghulurkan sumbangan mereka di lebih 150 peti sejuk.
Sumbangan itu memberi peluang kepada kira-kira 400 penduduk miskin sehari mengambil barangan itu sepanjang Ramadan kali ini.
Mengikut konsep, setiap peti sejuk mempunyai pemiliknya tetapi sesiapa saja boleh bersedekah.
Antara pemilik peti sejuk yang sarat dengan barangan sumbangan pula tidak mengira keturunan, agama dan usia.
“Sekurang-kurangnya antara 10 hingga 15 orang meletakkan sumbangan mereka dalam peti sejuk saya. Ada letak kek, buah dan jus,” kata pemilik peti sejuk, Swathi Santhosh.
Sumber: Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAE2aN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment