Ada Syarikat Pengendali Kren Mementingkan Bayaran Tidak Mahu Beri Kerjasama Antara Punca Operasi Mengeluarkan Mangsa Sukar
\
Auto Draft
BANDAR SERI JEMPOL: Pihak pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia dilaporkan terpaksa mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung dari sebuah kereta yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, semalam, lapor Berita Harian.
Kesukaran berkenaan terjadi selepas pemilik treler dari Kemayan berkenaan yang enggan memberikan bekerjasama serta beberapa pengendali kren dilaporkan tidak mahu memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.
Keadaan ini menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan pelbagai cara lain sendiri untuk mengalihkan treler berkenaan yang menghempap Proton Exora mangsa, di mana mereka terpaksa mencuba khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.
Kerana situasi ini menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang hanya berakhir kira-kira jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.
Auto Draft
Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar menyifatkan operasi itu amat mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.
Menurut beliau pihak bomba dan polis telah cuba menghubungi pihak pemilik lori namun talian telefon dimatikan.
“Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.
“Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan,” katanya.
Beliau dalam pada itu telah melahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai kerana sudi membantu dengan menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu. – Siakapkeli.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnluO0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment