Aidilfitri: 23 Jun sebagai hari cuti berganti kecuali di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah dan Sarawak perlu mengganti hari persekolahan itu pada 17 Jun ini.
"Kementerian Pendidikan telah bersetuju memberikan cuti berganti pada negeri-negeri kategori B pada 23 Jun dan diganti pada 17 Jun ini," katanya pada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 1,000 warga Kementerian Pendidikan di sini hari Ini.Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar.
Mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun.
Media melaporkan Presiden KGMMB, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata kesesakan jalan raya dijangka berlaku teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun (Ahad).
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2yt7n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment