Malaysia mara ke pusingan pertama Siri Piala Dunia Memanah
Skuad negara yang diwakili Muhammad Akmal Nor Hasrin, Khairul Anuar Mohamad dan Mohd Haziq Kamaruddin mengumpul 1,986 mata untuk berada di tempat keenam.
Menanti Malaysia di pusingan pertama yang dijadual berlangsung esok, adalah pasukan Great Britain yang menamatkan saingan kelayakan di tempat ke-11.Selepas tamat pusingan kelayakan, pasukan Itali diletakkan sebagai pilihan pertama acara berpasukan setelah mengumpul 2,018 mata, diikuti Perancis (1,994) dan India (1,989).
Bagi acara individu, Muhammad Ikram Joni yang menamatkan saingan pusingan kelayakan individu di tempat ke-81 selepas mengutip 609 mata, akan bertemu pemanah Itali, Massimiliano pada pusingan pertama recurve individu lelaki, yang juga berlangsung esok.
Sementara Muhammad Akmal, Khairul Anuar dan Mohd Haziq mendapat ''bye'' untuk terus ke pusingan kedua pada Jumaat.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDYqar
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment