Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuti Berganti Sempena Aidilfitri Bagi Sekolah Kumpulan B Pada 23 Jun 2017 Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuti Berganti Sempena Aidilfitri Bagi Sekolah Kumpulan B Pada 23 Jun 2017 Ini

♥ Assalamualaikum ♥

Cuti Berganti Sempena Aidilfitri Bagi Sekolah Kumpulan B Pada 23 Jun 2017 Ini : Cuti berganti bagi sekolah dalam kumpulan B. Cuti berganti tersebut jatuh pada 23 Jun ini. Dan ini bermakna, jumlah hari persekolahan untuk bulan jun hanya 9 hari. 


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bersetuju memberi cuti ganti pada 23 Jun kepada sekolah di dalam kumpulan B sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun ini. 

Negeri dalam kumpulan berkenaan ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sekolah di negeri berkenaan perlu mengganti cuti pada Sabtu, 17 Jun. 

"Persetujuan dilakukan selepas mengadakan perbincangan dan melihat daripada pelbagai sudut. "Negeri berkenaan boleh bercuti seperti yang diusulkan sebelum ini tetapi mesti ganti sesi persekolahan berkenaan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini. 

Kelmarin, BH melaporkan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar. 

Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata mengikut jadual asal dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun manakala negeri lain pada 24 Jun.

Sumber - Berita Harian




✍ Sumber Pautan : ☕ Dunia Cik Akak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4clKf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.