Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isa, Isteri Lebih 4 Jam Selesai Beri Keterangan Di SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isa, Isteri Lebih 4 Jam Selesai Beri Keterangan Di SPRM

PUTRAJAYA – Tan Sri Isa Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid selesai memberi keterangan selama lebih empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV) itu yang ditemui pemberita berkata, beliau memberi kerjasama dan terserah kepada SPRM sepenuhnya untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kemelut agensi itu.

Ini termasuk dalam menentukan kedudukan sama ada beliau akhirnya bersalah dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya bebas dalam isu urus niaga FGV yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dengan menjawab segala soalan yang diajukan, saya difahamkan saya merupakan individu yang terakhir dipanggil berhubung siasatan ke atas FGV,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Isa dan isteri tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 9.40 pagi dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna hitam, sejurus tiba beliau dan isteri terus memasuki pejabat suruhanjaya itu sebelum keluar pada pukul 2 petang selepas selesai memberi keterangan.

AMengulas mengenai mengapa isterinya turut dipanggil memberi keterangan, Isa menjelaskan perkara itu adalah normal dan menjadi kebiasaan selain tidak perlu dipersoalkan.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTZhCD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.