Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 5 tahun diberi kuasa tentukan hukuman pada bapa sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 5 tahun diberi kuasa tentukan hukuman pada bapa sendiri

Kanak-kanak Lima Tahun Diberi Kuasa Tentukan Hukuman Pada Bapa Sendiri

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah diberikan kuasa buat pertama kalinya untuk menentukan hukuman kepada bapanya sendiri.

Hakim mahkamah, Frank Caprio, telah membenarkan Jacob memilih hukuman bakal dikenakan kepada bapanya yang melakukan kesalahan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Jacob dilihat menemani bapanya yang sedang dalam perbicaraan bersama pihak pengadilan.

Dia kemudian dipanggil hakim dan telah ditanya beberapa soalan.

Setelah menjawab beberapa soalan yang diberi, Jacob kemudian ditanya apakah hukuman yang ingin diberikan kepada bapanya.

Hakim tersebut memberi tiga pilihan iaitu, dikenakan denda sebanyak 90 dollar (RM383), 30 dollar (RM127) atau tidak dikenakan sebarang bayaran.

Apa yang mencuit hati dan mengejutkan hakim tersebut, Jacob memilih untuk mendenda ayahnya sebanyak 30 dollar.

Keputusan yang dibuat Jacob itu diterima hakim, dan bapanya perlu membayar sebanyak 30 dollar sebagai hukuman.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut berpendapat bahawa Jacob adalah seorang anak yang bijak dan tidak pilih kasih kerana bertindak adil terhadap bapanya yang telah melakukan kesalahan.

Berikut kami kongsikan video kanak-kanak tersebut yang tular di media sosial:

Kredit : FB Uniland
Teks oleh : Izzat Ridzwan

Sumber: Astro Gempak
Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRTctP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.