Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporkan, Jika Ada Penjualan Mercun Di Media Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporkan, Jika Ada Penjualan Mercun Di Media Sosial

KUALA BERANG – “Segera laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada individu yang menggunakan media sosial sebagai platform menjual bahan-bahan api terlarang termasuk mercun,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata aduan berkenaan juga boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“Kita menyediakan prasarana dan infrastruktur jalur lebar bagi memudahkan ilmu dan maklumat disalurkan kepada masyarakat tetapi ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual dan mempamerkan bahan-bahan letupan seperti mercun dan sebagainya.

Nasihat saya kepada masyarakat di luar sana agar tidak membeli dan menjual kerana setahu saya penjual-penjual ini boleh didakwa memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Peranan pengguna internet pula jika melihat individu atau pihak yang menyiar serta menjual mercun ini harus segera dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata beliau ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat

Terdahulu, 80 orang ibu tunggal diraikan dalam majlis berkenaan dengan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

Jailani juga merangkap Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu menyeru kepada semua kepimpinan di Hulu Terengganu agar sentiasa bersatu padu dan berganding bahu merealisasikan agenda pembangunan rakyat terutamanya di daerah berkenaan.

“Saya juga berharap semua pihak memberikan penekanan serius untuk menyelesaikan setiap masalah yang disuarakan oleh rakyat. Kita harus memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan dalam merealisasikan pembangunan menyeluruh di Hulu Terengganu ini.

Saya yakin dengan barisan kepimpinan sekarang, kita mampu mengorak langkah lebih jauh dengan mengatur perancangan berstrategi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul,” katanya.- BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjS0vm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.