Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendapatan Cukai Pelancongan Untuk Promosi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendapatan Cukai Pelancongan Untuk Promosi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan 1 Julai ini untuk mempromosikan Malaysia di luar negara dan membaik pulih prasarana pelancongan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kementerian perlu mencari sumber pendapatan baharu untuk membiayai aktivitinya selepas kerajaan mengurangkan peruntukan bagi kementerian berkenaan ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

“Peruntukan pelancongan telah dikurangkan tetapi bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Jom [email protected] di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau menegaskan cukai pelancongan bukanlah suatu yang baharu kerana ia telah lama diperkenalkan di negara selaku destinasi pelancongan terkenal seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata cukai pelancongan dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Mengulas kenyataan pihak tertentu yang bertanyakan sama ada kutipan daripada cukai itu akan diberikan kepada kerajaan negeri, beliau berkata perlaksanaannya merupakan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri.

“Ini tidak seharusnya menjadi isu besar. Pendapatan daripada cukai itu juga akan diagihkan kepada negeri-negeri. Jadi tiada isu di sini, setiap negeri akan mendapat pulangan kembali,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPklxm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.