Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima Kes Tidak Patuh Skim Kawalan Harga Hari Gawai - KPDNKK Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima Kes Tidak Patuh Skim Kawalan Harga Hari Gawai - KPDNKK Sarawak

KUCHING, 3 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak mengesan lima kes tidak mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Gawai 2017 bermula 27 Mei dan berakhir semalam (2 Jun).

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Abd Hafidz A Rahim berkata semua lima kes tersebut dikesan di Kuching.

"Lima kes tersebut disiasat mengikut kesalahan Perintah 2(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal)(No.3) 2017. Jumlah kompaun yang dikenakan untuk semua kes tersebut ialah RM500," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abd Hafidz yang juga Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri berkata sebanyak 1,390 premis diperiksa sepanjang pelaksanaan skim itu.

Sementara itu, katanya sebanyak 2,214 premis diperiksa sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan bermula 22 hingga 31 Mei namun tiada sebarang kes direkodkan. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRAPkI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.