Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat AirAsia 'Bergegar Seperti Mesin Basuh' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat AirAsia 'Bergegar Seperti Mesin Basuh'


SYDNEY: Sebuah pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.

Seorang penumpang ketika ditemui berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.

Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.

"Ia disahkan sebagai kerosakan teknikal. Pasukan kecemasan telah diarahkan bersiap sedia susulan kejadian itu tetapi tiada sebarang perkara lebih serius berlaku" , katanya.

Ini adalah kali kedua membabitkan pesawat Airbus A330 di Australia bulan ini, selepas sebuah pesawat milik China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney.

Ia susulan penemuan sebuah lubang besar pada penutup enjin pesawat terbabit. -AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2taRC7A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.