PELANCONG CHINA MASUK MASJID KALI PERTAMA DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA: Keindahan dan keunikan seni bina Islam Masjid Putra di sini yang dikatakan seolah-olah seperti Masjid Biru di Istanbul, Turki menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Dianggarkan kira-kira 2,000 pengunjung melawat masjid yang terletak di Presint 1 itu setiap hari dengan puluhan bas pelancong dan van sewa parkir di sekitar masjid selain pengunjung wanita beratur untuk memakai jubah berwarna merah hati sebelum memasuki perkarangan masjid.
Seorang pelancong dari Indonesia, Mohd Budi C Lubis yang sedang bercuti bersama keluarganya di Malaysia bermula Syawal kedua (Isnin) menyifatkan Masjid Putra yang berwarna merah jambu sebagai menarik dan unik kerana ia merupakan sebuah masjid yang seakan-akan menyerupai Masjid Biru di Turki.
“Masjid Putra ini amat menakjubkan kerana memiliki seni bina reka bentuk yang amat mengagumkan. Lebih-lebih lagi ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan unsur tradisional Melayu dan Timur Tengah.
“Inilah kali kedua saya melawat masjid ini bersama keluarga saya. Ia sungguh cantik dan menawan. Rasa sungguh tenang dan nyaman,” katanya kepada Bernama.
“Inilah kali kedua saya melawat masjid ini bersama keluarga saya. Ia sungguh cantik dan menawan. Rasa sungguh tenang dan nyaman,” katanya kepada Bernama.
Bagi seorang pelancong dari China, Han Dongyin, 47, kunjungan ke Masjid Putra membuka mata beliau dan rakan-rakannya untuk melihat lebih dekat keunikan masjid di Malaysia.
“Ini merupakan kali pertama saya memasuki masjid. Saya tertarik dengan keunikan seni bina dan hiasan dalaman masjid.
“Walaupun terdapat masjid di China tetapi kami (bukan Islam) tidak dibenarkan untuk masuk. Kunjungan ke Masjid Putra merupakan satu pengalaman yang unik dan membolehkan saya memahami agama Islam di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, seorang penyambut tetamu Masjid Putra, Mohd Bakri Wahab berkata, setiap hari seawal 8.30 pagi, kereta dan deretan bas-bas pelancong mula memasuki perkarangan Dataran Putra membawa pelancong dari luar negara untuk menyaksikan sendiri Masjid Putra yang terletak bersebelahan Pejabat Perdana Menteri.
“Setiap hari kami menerima lebih 2,000 pelancong dan orang tempatan melawat Masjid Putra. Cuma semalam orang ramai tidak dibenarkan melawat di dalam Masjid kerana kami mengadakan beberapa majlis berkaitan Sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Menurut seorang pemandu pelancong, June Abdullah, sepanjang pengalaman beliau selama sembilan tahun bertugas sebagai pemandu pelancong, Putrajaya merupakan destinasi utama yang ingin dilawati para pelancong asing dan antara tempat yang wajib dilawati ialah Jambatan Wawasan, Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri.
Selain Masjid Putra, Taman Botani merupakan satu lagi destinasi tumpuan orang ramai di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.
– Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTcy0i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment