Kesian tengok haiwan dibunuh dan tak mahu kena barah, suami Lana Nordin elak makan rendang ayam
Pelakon Lana Nordin menjelaskan suaminya kini tidak menjamah rendang ayam sebagai juadah Aidilfitri kerana terlalu sayangkan haiwan.
Lana, 37, berkata Mohd Daud McKienzie tidak lagi memakan daging sejak beberapa tahun lalu demi menjaga kesihatan dan mengelak diri daripada terkena barah.
“Dia sekarang tidak makan ayam dan daging sebab dia kasihan melihat haiwan dibunuh sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau ke restoran, dia pesan lauk paprik tetapi paprik sayur tanpa ayam dan daging.
“Dia selalu ingatkan daging dan ayam kini banyak disuntik [kimia] menyebabkan ramai terkena barah. Rakannya berusia 39 tahun baru meninggal dunia kerana barah.
“Saya makan saja, beri dia [rasa] cemburu kerana saya makan banyak pun tidak gemuk,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Lana, nama popular Mazlina Hasan Nodin, mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 dan dikurniakan seorang puteri Gia Quinn Mckienzie.
Suami pelakon filem “Biasan” seorang pemain bola tampar Amerika Syarikat dan pasangan ini bertemu dalam satu majlis di Singapura pada 2014.
Daud memeluk Islam tiga tahun lalu dan kini rancak ke Brunei dan Singapura mempromosikan produk makanan kesihatan.
Pelakon drama “Ajaibnya Cinta” itu berkata walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga, namun Daud sedikit sebanyak sudah memahami budaya Melayu.
“Sebelum Hari Raya ini pun dia pernah menghadiri majlis cukur jambul dan bertunang. Dia sudah biasa dan faham situasi itu. Bila kita kata kenduri, dia tahulah macam mana,” katanya.
Sumber: Malay Mail
Sumber Kesian tengok haiwan dibunuh dan tak mahu kena barah, suami Lana Nordin elak makan rendang ayam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scRNe8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment