Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indonesia ambil langkah sistematik atasi masalah jerebu - Wan Junaidi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indonesia ambil langkah sistematik atasi masalah jerebu - Wan Junaidi

KUCHING: Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan bahawa masalah pencemaran jerebu merentas sempadan akan berakhir menjelang tahun 2020 berikutan tindakan sistematik diambil oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata negara itu telah menandatangani persetujuan pelan hala tuju untuk menjadikan rantau ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2020.

"Saya telah banyak mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia di pelbagai peringkat, iaitu di provinsi (wilayah) hingga peringkat negara di Jakarta," kata kepada pemberita semasa menghoskan majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau berkata antara langkah yang diambil oleh kerajaan Indonesia termasuk menubuhkan pasukan petugas dianggotai oleh 3,000 anggota polis dan tentera negara itu bagi tujuan pemadaman kebakaran hutan.

Di samping itu, katanya, negara itu turut menubuhkan sebuah jabatan untuk menyelaraskan kerja-kerja pemadaman kebakaran hutan, selain menubuhkan pusat pemantauan di Jakarta untuk memberi maklumat terkini mengenai kebakaran hutan.

Wan Junaidi berkata pihak Indonesia juga telah menarik balik lebih 2,000 konsesi untuk tanaman kelapa sawit di atas tanah gambut di negara berkenaan, yang dijangka dapat mengurangkan insiden kebakaran di hutan di negara itu.

Katanya, sebuah syarikat perladangan dari Sarawak turut terbabit dalam kebakaran hutan di Indonesia, justeru, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Persatuan Peladangan Indonesia bagi mengelak kegiatan seperti itu serta mencari jalan bagi mengatasi masalah pencemaran jerebu.

.Sementara itu, beliau meminta pengusaha ladang kelapa sawit di negeri ini tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan musim panas.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku di ladang sawit di Baram tahun lepas berulang lagi sehingga menyebabkan keadaan berjerebu yang teruk di negeri ini," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcBvH8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.