Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanna suka gaya ringkas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanna suka gaya ringkas

Sebut pasal raya, selalunya kita membayangkan suasana meriah, memakai pakaian baru, tema warna sekeluarga dan perhiasan baru. Pendek kata, semuanya mesti nampak meriah, berseri dan baru.

Berbeza dengan penyanyi remaja berusia 20 tahun yang popular dengan lagu Lepaskan, Tak Mengapa dan Jika Kau Benar, Wanna Ali. Saat gadis seusianya mahu kelihatan ikut aliran terkini untuk fesyen raya, Wanna atau Nor Syazwana Mohd Ali hanya mahu raya yang ringkas.

Anak produser Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh ini mengakui persiapan dan sambutan raya entah kenapa tidak berapa mengujakan buat dirinya tahun ini.

Katanya, dia tidak tahu kenapa tahun ini keterujaan seperti orang lain yang beli baju baru yang cantik dan terkini, tidak ada padanya.

“Andai teruja pun, sekadar tidak sabar nak pulang beraya di kampung di Negeri Sembilan,” katanya.

Tahun ini Wanna memilih tema ringkas dengan baju kurung biasa tanpa dipadankan dengan sepatu baru atau busana riadah raya. Katanya, baju miliknya yang sedia ada sudah terlalu banyak dan masih boleh dipakai.

“Kalau diikutkan, kami sekeluarga memilih untuk menetapkan warna ungu sebagai tema warna raya tahun ini tetapi pemilihan itu belum pasti lagi.

“Saya beli saja sepasang baju kurung biasa tapi baju nak keluar beraya atau kasut baru, memang tak beli satu pun. Bagi saya, itu lebih baik dan menjimatkan,” katanya.

Mahasiswi Perniagaan dan Pengurusan Universiti of Nottingham kampus Semenyih (Selangor) ini bercuti selama tiga bulan, sejak permulaan Ramadan lalu.

Selama tempoh bercuti, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Dia dan abangnya, penyanyi Fian Ali diberi tugasan untuk keluar membeli lauk bersahur setiap hari sebab rumah mereka sedang menjalani proses pengubahsuaian.

“Waktu berbuka puasa pula, saya luangkan masa bersama rakan yang sudah lama tidak bertemu,” katanya. Sesekali dia dan abangnya akan menemani ibunya memenuhi jemputan ke acara berbuka puasa anjuran pelbagai pihak di sekitar Lembah Klang.

Sebagai antara pewaris perniagaan ibunya, Wanna turut serta meraikan pekerja dan kenalan ibunya melalui acara berkaitan sepanjang Ramadan lalu. Katanya, dua bulan mulia ini sememangnya digunakan sepenuhnya untuk bercuti daripada belajar dan seni.

Apatah lagi Wanna sudah pun bekerja untuk beberapa projek lakonan pada awal tahun ini dan dijangka masuk semula ke set penggambaran pada bulan depan.

Antaranya telefilem Khalifahkah Aku arahan Hashim Rejab, telefilem Papa Sayang yang baru sahaja disiarkan pada 18 Jun lalu dan telefilem D’Kayangan yang disiarkan Februari lalu.

Drama berepisod pula, Jurnal Suraya yang akan disiarkan menerusi slot Zehra, Ogos nanti. Drama arahan Zul Huzaimy itu turut dijayakan Nad Zainal, Ryzal Jaafar, Johan As’ari dan Aisha Hasnaa.

Katanya, jika tiada aral dia akan terbabit dalam penggambaran drama yang dijangka menjalani penggambaran di Istanbul, Turki pada Ogos depan.

“Saya belum dapat dedahkan maklumat penuh pasal produksi itu sebab ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya teruja.

Ditanya pasal harapan, pelakon yang pernah muncul melalui filem Aku Ada, Kau Ada, Bopeng dan Tokan berharap dapat terus persiapkan diri dengan segala cabaran dalam bidang seni pada masa depan.

Wanna mahu terus maju ke depan dan aktif dalam industri seni yang diceburi sejak usianya belasan tahun lagi.

The post Wanna suka gaya ringkas appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcaNOJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.