Bernikah dengan seorang duda yang ber'tattoo' Isteri berjubah berniqab
Terlelap lepas Isyak, tersedar balik dalam pukul 2.30 pagi. Cari suami tengok kiri kanan, tak ada. Dengar bunyi berketuntang di dapur.
"Sah-sah laki aku tengah masak," monologku.
Teringat masa sebelum nikah, saya beritahu suami. "Abang, saya ni tak rajin masak, tak rajin membasuh kain, lipat baju, mengemas rumah segala bagai. Bangun tidur pun boleh lajak tengahari," jujur saya beritahu dia. Dia senyum, "Abang nikah dengan sayang sebab nak buat isteri, bukan nak buat orang gaji," katanya.
Sentap kejap saya. Saya tunduk diam, senyum. Kes saya mungkin sedikit 'special'. Bernikah dengan seorang duda yang ber'tattoo' yang tidak arif perihal agama dan memiliki seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isterinya.
Dia pernah bernikah dan pernah gagal dalam institusi perkahwinan. Saya lihat sendiri bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki hubungan terdahulu dan bagaimana dia menjadikan kesilapannya dulu sebagai mengajaran dan pedoman dalam hubungan kami. Seperti hari-hari biasa, manusia memandang kami dengan pandangan yang 'kejam'.
Saya tidak pernah marah pada 'tattoo'nya walaupun di awal perkenalan kami dahulu saya kurang senang dengan 'tattoo'nya. Astaghfirullah... itulah kelemahan saya dahulu. Juga seperti masyarakat lain yang memandang dia dengan pandangan yang 'senget'.
Pandangan masyarakat juga pada kami seolah-olah kami tidak layak bersama memandangkan dia dan 'tattoo'nya sedangkan saya berjubah dan berniqab. Ini perkara biasa yang kami lalui sepanjang kehidupan kami bergelar suami isteri. Bayangkanlah kami pernah terserempak dengan dengan sekumpulan wanita yang berjubah, berpurdah dan berniqab sekalipun, mereka akan mencuit lengan sesama mereka, memandang kami sambil menjeling dan berbisik-bisik lalu pergi dengan langkah yang laju.
Begitu juga andai kami terserempak dengan golongan pak-pak aji atau lelaki-lelaki yang berjubah, bersongkok atau berkopiah. Ada yang menggeleng-geleng kepala, ada yang sampai terjegil biji mata. Ada yang tak lepas pandang. Kejap-kejap pandang saya yang berjubah berniqab ini, kejap-kejap pandang suami yang ber'tattoo'.
Bayangkan juga bagaimana andai institusi agama Islam sendiri memandang kami dengan pandangan yang 'pahit untuk ditelan' sedangkan Islam itu agama yang baik, sempurna, syumul. Saya rasa andai kalian di tempat kami, tak ramai yang memiliki hati yang cekal dan 'tough'. Banyak perkara yang boleh buat kita makan hati dengan masyarakat namun hati kena kuat.
Bila ditanya kenapa suami masih ber'singlet'? Saya ambil ia sebagai jalan penghijrahan. Andai kalian faham, jalan penghijrahan seseorang bukan makan masa yang singkat. Saya sendiri pun walaupun berjubah dan berniqab, masih lagi lalai dengan agama.
Jalan penghijrahan tidak perlu drastik. Saya banyak mengambil contoh diri saya sendiri dalam landasan perjalanan menuju jalan Allah SWT. Ada orang Allah bagi perjalanan hijrahnya cepat, ada orang rezeki perjalanan hijrahnya makan masa.
Setiap orang rezeki taufik hidayahnya tidak sama. Manusia memang akan cepat menilai dan nampak keburukan, kelemahan dan keaiban manusia lain. Bagi saya, untuk permulaan perjalanan hijrah yang makan masa ini, suami dah tanggalkan subang yang dipakainya pun saya dah sangat bersyukur.
Orang lain takkan faham apa yang dirasa oleh isterinya. Saya terima suami seadanya walaupun saya tahu jalan penghijrahan itu makan masa yang amat panjang
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2se4cyj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment