Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia siasat punca insiden D7 237 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia siasat punca insiden D7 237

KUALA LUMPUR: AirAsia X sedang menyiasat kejadian melibatkan pesawat D7 237 dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur yang berlaku pada pagi semalam.

Kapal terbang itu terpaksa berpatah balik ke Perth selepas 90 minit berlepas akibat masalah teknikal yang melibatkan sebuah enjin.

"Kami sedang menjalankan siasatan ke atas punca kejadian, bersama-sama dengan Rolls Royce, yang merupakan pengilang enjin kami.

"Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan," kata AirAsia X dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Pesawat AirAsia X berpatah balik susulan masalah teknikal

Ia juga menegaskan Kumpulan AirAsia sentiasa meletakkan keselamatan penumpang dan anak kapal sebagai keutamaan teratas mereka.

Kumpulan AirAsia juga, katanya, sentiasa mengikuti program penyelenggaraan sepertimana ditetapkan oleh pihak pengilang.

Katanya, mereka juga sentiasa mematuhi semua peraturan dan keperluan yang ditetapkan setiap negara di mana sesebuah pesawat beroperasi, termasuk Australia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6gNVp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.