Nikmat
Nikmat
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dan terima kasih pada admin yg sudi up kan confession ni. Salam aidilfitri juga buat semua pembaca.
Akhir-akhir ni ramai confessor yg bercerita tentang aurat di rumah semasa hari raya. Alhamdulillah byk peringatan dan nasihat. Tahniah jgk utk semua wanita dan gadis2 yg istiqamah menjaga aurat walaupun mungkin ada yg rasa berat, rimas tp terpaksa berjihad demi perintah Allah.
Sy merupakan seorang wanita yg masih bujang dan tinggal bersama mak abah dan adik ipar lelaki. Maknanya..sy bukan saja perlu menjaga aurat ketika hari raya masa di rumah, tetapi jg sepanjang masa. Dan sungguh sy merasakan ianya satu nikmat bila sy perlu memakai tudung dan pakaian yg menutup aurat semasa di rumah setiap masa. Kadang-kadang sampai dalam bilik sendiri pun belum tanggal tudungsebab rasa tak ada beza. Alhamdulillah. ini bukan status confession utk riak. Nauzubillahiminzalik. Tetapi sy terdetik hati nak tulis perasaan ni dengan harapan sy dpt mengajak wanita dan gadis yg lain turut sama menikmati aturan ini sebagai satu ibadah yg sgt bahagia dan langsung tidak membebankan.
Bahkan jujur..tiap kali nak keluar bilik, sy rasa sgt sgt bahagia..rasa mcm nak pergi bercinta.. Dan tiap kali nak pakai tudung dan baju yg menutup aurat dlm rumah, sy selalu lintaskan dlm haticakap dengan Allah. Jadikanlah aku istiqamahdan terus merasa nikmat untuk menjaga auratku.
Insyaallah..semoga Allah terus lindungi dan pelihara diri kita wahai wanita.
Ingatlah..sesuatu ibadah yg kita rasa berat pada mulanyaakan timbul rasa nikmat setelah kita benar benar ikhlas. Nikmat yg tak terungkap dengan kata-kata. Ingatan untuk diri sendiri jgk.
Insyallah tak lama lagi sy akan pindah keluar dr rumah dan tidak lagi tinggal bersama adik dan suaminya..juga mak dan abah. Dan rasa sayu sebenarnya nak pindah, sbb akan kehilangan nikmat utk menjaga aurat di rumah spt selalu. Tak dpt dah nak kumpul pahala sbb bertudung dlm rumah.
Wahai wanita-wanita syurga..insyaallah..auratmu adalah nikmatmu. Tidak ada ibadah yg merugikanmu, bahkan memuliakanmu. Semoga para wanita termasuk diri saya sendiri diberikan sifat istiqamah dan dijauhi dr segala perasaan yg mengundang tiket ke neraka.
Aamin. Salam aidilfitri..
Anis
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sd3gdm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment