Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat tentera Myanmar bawa lebih 100 penumpang dilapor hilang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat tentera Myanmar bawa lebih 100 penumpang dilapor hilang

YANGON: Sebuah pesawat tentera Myanmar dengan lebih 100 orang, termasuk anggota tentera dan ahli keluarga, dilaporkan hilang pada Rabu dalam penerbangan dari bandar pesisiran pantai Myeik ke Yangon.

Pesawat Y-8-200F buatan China itu berlepas dati Myeik pada jam 1.06 petang waktu tempatan dalam jadual penerbangan mingguan, lapor Reuters.

Pesawat itu terputus hubungan 29 minit setelah berlepas, dan berada di ketinggian 18,000 kaki di atas Laut Andaman, iaitu kira-kira 70 kilometer dari barat bandar Dawei.

Pihak berkuasa penerbangan awam pada awalnya berkata terdapat 105 orang dalam pesawat itu. Pihak tentera bagaimanapun menyatakan terdapat 106 anggota tentera dan keluarga dan 14 anak kapal. Pesawat itu boleh membawa sehingga 200 orang.

Pihak tentera telah melancarkan operasi pencarian sejurus laporan kehilangan itu diumumkan, antaranya dengan mengerahkan enam kapal dan tiga pesawat tentera dalam misi mencari dan menyelamat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDtWW3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.