Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakaman Video Lelaki Bawa Keranda Mayat Abangnya Bersiar-Siar Dengan Menaiki Basikal Jadi Tular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakaman Video Lelaki Bawa Keranda Mayat Abangnya Bersiar-Siar Dengan Menaiki Basikal Jadi Tular


Seorang lelaki yang dipercayai telah menggali kubur milik abangnya yang dikatakan telah meninggal dunia setahun lalu dan membawa keranda yang didakwa mengandungi mayat abangnya itu bersiar-siar di sekitar pekan Prata dengan basikal di tenggara Brazil minggu lalu.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Elderlandes Rosa yang berusia 29 tahun, akhirnya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis dengan alasan dia bertindak demikian kerana terlalu rindukan abangnya yang dikasihi itu.

Dia turut memberitahu bahawa dia telah bermimpi tentang abangnya, Eri Erisberto yang meninggal tahun lalu ketika berusia 30 tahun yang meminta membawanya bersiar-siar di kawasan pekan terbabit dengan menaiki basikal seperti yang pernah mereka lakukan tidak lama dahulu.

Menurut laporan Daily Mail, kerana disebabkan mimpi itulah yang menyebabkan Elderlandes bertindak menggali kubur milik abangnya itu pada waktu malam Sabtu lalu dan membawa keranda mayat abangnya itu dengan basikal untuk bersiar-siar sebelum mengeluarkan mayat abangnya itu dari keranda kerana ingin berbual.



Elderlandes telah ditahan polis atas pertuduhan mendera mayat yang dikatakan membawa kepada hukuman dipenjarakan selama 3 tahun, walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan berkaitan dengan kes berkenaan.

Mayat abangnya itu dikatakan telah dikebumikan semula ke tempat asal iaitu kubur yang digali Elderlandes pada keesokan hari selepas kejadian tersebut. - Koleksi Viral




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzl4CW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.