Tips Kurus Secara Semulajadi Dengan Buah Kurma
Anda nak tahu rahsia kebaikan kurma yang mampu membantu anda kuruskan badan?
Buah kurma boleh membantu anda untuk kuruskan badan secara semulajadi. Rahsia kebaikan kurma ini didedahkan bertujuan untuk memberikan maklumat tentang kebaikannya yang mungkin selama ini kita tidak tahu.
Lagipun kebiasaannya kita hanya memakan buah kurma di bulan Ramadhan sahaja. Tapi sekarang tahukah anda ramai pengamal kecantikan sudah menyedari akan khasiat yang terkandung dalam buah kurma itu
BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENJADIKAN MAKAN BUAH KURMA SEBAGAI SATU AMALAN?
Mudah sahaja caranya, iaitu menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Kalau sebelum ni makan malam anda dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk, cuba gantikannya dengan kurma.
Cuba cara ini dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Badan bukan sahaja akan menjadi kurus, tetapi juga sihat.
FAKTA BUAH KURMA
Buah kurma sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Seperti yang terdapat dalam info maklumat buah kurma kaya dengan Potassium yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.
Makanlah kurma tanpa perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut.
Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100gram kurma terdapat 8gram serat sedangkan dalam 100gram pisang hanya terdapat 2.6gram serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan
JADIKAN KURMA SEBAGAI JUS
Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma.
Siapa sangka dengan buah kurma kita dapat menguruskan badan.
Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan.
Sumber : sehinggit.blogspot.my
via Bin Usrah
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szUFmm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment