Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM arah operasi buru pesalah trafik dari rumah ke rumah ditangguhkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM arah operasi buru pesalah trafik dari rumah ke rumah ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menangguhkan operasi memburu pesalah trafik dari rumah ke rumah.

Katanya, beliau faham keadaan semasa di mana rakyat dibebani kos sara hidup yang semakin meningkat dan ada keutamaan lain yang perlu dibayar.

"Tetapi pada waktu sama, janganlah lakukan kesalahan trafik.

"Jadi bila ada perimbangan, maka kadar kemalangan akan turun, jumlah saman yang dikeluarkan juga turun," katanya semasa berucap dalam Program Penerapan Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Tahun lepas katanya, sebanyak 5.3 juta saman trafik dikeluarkan tetapi hanya 3.9 juta sahaja daripada jumlah itu dibayar oleh pesalah trafik.

Beliau pada masa sama turut mengumumkan Op Selamat sempena perayaan Aidilfitri akan diteruskan untuk kali ke-11, dan berharap statistik kemalangan dan kematian akibatnya dapat menurun tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5TlpC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.