Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulasan Penuh Data Non-Farm Payroll NFP Bulan Mei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulasan Penuh Data Non-Farm Payroll NFP Bulan Mei

Amerika Syarikat dalam data non-farm payroll (NFP) pukul 8.30 malam tadi merekod penambahan pekerjaan hanya 138,000 pada Mei berbanding jangkaan pasaran 185,000. Data pada April lalu juga telah dikaji semula kepada 174,000 dari 211,000 sebelum ini.

Data kadar pengangguran pula semakin baik dengan merekod 4.3% berbanding 4.4% sebelum ini. Data pada April lalu adalah data terbaik yang pernah dicatat dalam kadar pengagguran sejak 10 tahun lalu. Namun, bila dilihat secara lanjut kadar penyertaan dalam pasaran pekerjaan merosot dari 62.9% kepada 62.7%.

Pekerjaan di dalam sektor pembuatan jatuh sebanyak 1,000 bulan lalu walaupun pekerjaan dalam sektor pembuatan ‘durable goods‘ meningkat sedikit dengan pekerjaan dalam sektor pembinaan turut berkurangan sebanyak 1,000 pekerjaan.

Dalam sektor perkhidmatan, pekerjaan dalam sektor runcit jatuh pada bulan sama dan terdapat perubahan dalam data April yang lebih rendah.

Manakala dalam data purata pendapatan atau gaji terus meningkat walaupun ketidaktentuan dalam trend inflasi dalam ekonomi baru-baru ini yang lemah. Gaji meningkat 0.2% pada Mei walaupun kenaikan tahunan di paras 2.5% berbanding 2.6% pada April. Apa yang memburukkan data ini adalah apabila data bulan lalu dikaji semula dan diturunkan dari 0.3% kepada 0.2%.

Komponen pekerjaan dalam sektor swasta mencatat tambahan sebanyak 143,000 pekerjaan berbanding jangkaan pasaran sebanyak 173,000. Hal in diburukkan lagi apabila jumlah pekerjaan dalam sektor kerajaan berkurangan sebanyak 9,000.

Sebelum data NFP dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi, pasaran hadapan menunjukkan peluang kenaikan kadar pada Jun di sekitar 90%. Data secara keseluruhan dianggap tidak banyak memberi kesan kepada kenaikan kadar faedah walaupun tambahan pekerjaan jauh meleset. Tetapi sudah tentu akan ada keraguan menjelang mesyuarat The Fed pada 13-14 Jun.

Sejurus data ini dikeluarkan, US dolar menjunam dengan banyak di mana Usd/Jpy telah merekod kejatuhan 120 pip setakat pukul 11.30 malam tadi. Kejatuhan mendadak ini juga banyak disebabkan keyakinan pasaran yang tinggi apabila melihat data ADP-NFP pada Khamis.

The post Ulasan Penuh Data Non-Farm Payroll NFP Bulan Mei appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1Zrfa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.