Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 maut pesawat tentera AS terhempas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 maut pesawat tentera AS terhempas


WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima terbunuh apabila sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Mississippi.

Media, Clarion-Ledger melaporkan, pesawat milik Kor Marin AS C-130, iaitu sebuah pesawat pembawa bahan bakar terhempas di sempadan daerah Sunflower-Leflore.

Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi, Lee Smithson sebagai sumber maklumat.

Insiden itu turut disahkan pihak tentera tetapi enggan mendedahkan lokasi kejadian.

"USMC KC-130 terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada petang, semalam. Maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja diterima," kata Kor Marin dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter.

Sementara itu, jurucakap Pentagon dalam kenyataan berasingan mengesahkan hanya pesawat Kor Marin yang terbabit dalam insiden terbabit.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan) dan pasukan bomba bertindak menyembur pesawat menggunakan buih sabun untuk memadamkan kebakaran.

Terdapat sesetengah media melaporkan sembilan terbunuh dalam pesawat itu tanpa mengatakan sumber.- AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2W4FX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.