Hampir 100,000 Pekerja Migran Di Thailand
BANGKOK - THAILAND. Hampir 100,000 migran mendaftar di 100 pusat pendaftaran pekerja asing tanpa izin di seluruh Thailand, sejak pendaftaran mula dibuka pada Isnin, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Langkah itu, dilaksanakan sebelum Thailand menguatkuasakan peraturan baharu, sehubungan itu, pekerja asing tanpa izin perlu berdaftar dengan Kementerian Buruh dalam tempoh 180 hari.
Menurut Kementerian Buruh sehingga Rabu sejumlah 83,335 pekerja asing telah mendaftar, daripada jumlah itu warga Myanmar paling ramai diikuti Kemboja dan Laos.
Pada 23 Jun undang-undang baharu digubal dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan piawaian pengurusan dan pengambilan pekerja.
Di bawah peraturan baharu itu, memperuntukkan hukuman berat bagi kedua-dua kesalahan sivil dan jenayah berkaitan pengambilan pekerja asing secara haram. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vaiJAY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment