Papagomo masih panas punggung, Dev akui siasatan polis belum selesai
KUCHING: Ketua Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dev Kumar hari ini mengesahkan pihaknya masih menyiasat kes hasutan yang membabitkan blogger politik Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Derus.
Tegasnya, polis ketika ini masih menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebelum melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasilnya kepada Penolong Pendakwa Raya.
“Kita tidak tutup kes ini. Ia masih berjalan. Cuma agak sedikit lewat kerana membabitkan SKMM,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan upacara serah tugas di antara Ketua Siasatan Jenayah Kuching, Deputi Superintendan Lim Bhak Pai dan penggantinya, Deputi Superintendan Mohd Fazri Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pagi tadi.
Bhak Pai terlibat dalam pertukaran pegawai kanan polis baru-baru ini dan telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor dengan pangkat Superintendan.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima 32 laporan berkaitan muat naik status facebook Papagomo, yang dikatakan mengandungi unsur hasutan di seluruh negeri Sarawak dan Semenanjung.
Laporan dibuat setelah blogger tersebut menerusi akaun facebook dengan nama Sir Azri membuat kenyataan berbaur hasutan, rentetan pertikaian pendapat di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Dalam kenyataan tersebut, Papagomo telah menulis ayat berikut: “Jangan nak sombong sangat. Melayu-Melanau Sarawak cuma ada 28 peratus. Dayak dan Cina 72 peratus tetapi Melayu Melanau memerintah kerana kekuatan Melayu di Semenanjung.
“Kalau tak faham bahasa juga, tak tahulah. Pemimpin Sarawak ni jangan nak tunjuk samseng sangat.”
Akibat kenyataan tersebut, ramai pengguna media sosial terutama dari Sarawak, malah dari Semenanjung dan Sabah tersinggung dan telah mengkritik PapaGomo, termasuk menghinanya dengan kata-kata kesat.
Azri sebelum ini pernah disaman lebih RM800 ribu kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain dihalang memasuki Sarawak pada April tahun lalu. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vac4H6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment