Hi! Welcome Back and Stay Tune! O-R3 – Robot Yang Akan Mengambil Alih Kerja 25% Pasukan Polis Dubai Menjelang 2030 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

O-R3 – Robot Yang Akan Mengambil Alih Kerja 25% Pasukan Polis Dubai Menjelang 2030

Di dalam dunia fiksyen sains, polis robotik akan mengambil alih tugas polis biasa. Fiksyen semakin menjadi realiti di Dubai dengan sasaran sekitar 25% daripada keseluruhan anggota polis mereka dijangka akan menggunakan robot. O-R3 keluaran OTSAW ialah robot peronda yang akan memulakan operasi di Dubai pada penghujung tahun ini.

Robot swapandu ini mempunyai saiz yang kompak empat kaki panjang dan dua kaki lebar. Sungguhpun begitu ia dilengkapi sistem kamera HD sudut lebar yang boleh mengenalpasti suspek dan kenderaan curi dari jarak 330 kaki. Ia hanya mampu bergerak pada kelajuan sekitar 5 kilometer sejam. Apabila suspek perlu dikejar, ia menghantar mesej kepada pegawai polis manusia terdekat untuk melakukan tugas menangkap. Dron terbina pada O-R3 boleh diterbangkan bagi memantau pergerakan suspek.

Sebanyak 100 unit O-R3 akan beroperasi menjelang 2020 dengan kos sewaan $10,000 sebulan. Nampaknya penggunaan pasukan polis robotik ini hanya boleh menjadi realiti di negara-negara yang mewah sahaja buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v0sPE8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.