Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adun cadang wujudkan kasino dan taman tema majukan pelancongan Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adun cadang wujudkan kasino dan taman tema majukan pelancongan Sarawak

Sarawak perlu mewujudkan lebih banyak produk pelancongan, di samping menyemarakkan lagi kekayaan seni budaya masyarakat pelbagai etnik serta menonjolkan keindahan alam semula jadinya untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christopher Gira Sambang.

Gira berkata Singapura berjaya menarik banyak pengunjung melalui pembinaan kasino Resort World Sentosa di samping taman tema Universal Studio. — Foto TODAY

Sejajar dengan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri membina sebuah taman tema dan sebuah kasino di Tunoh bagi merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan di Sarawak.

“Ini adalah cadangan peribadi saya dan terpulanglah kepada kerajaan untuk meluluskannya,” kata beliau ketika merasmikan pertandingan menyumpit bersempena Festival Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2017 di Padang Bandaran Sibu di sini semalam.

Pertandingan itu adalah antara acara yang diadakan bersempena festival berkenaan.

Kerajaan negeri merancang menjadikan Lembangan Sungai Tunoh di daerah Bukit Mabong di Bahagian Kapit sebagai kawasan pengeluaran makanan dan pusat ekopelancongan Sarawak dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Sambil mengambil Singapura sebagai contoh, Gira berkata republik itu berjaya menarik banyak pengunjung melalui pembinaan kasino Resort World Sentosa dan Marina Bay Sands, di samping taman tema Universal Studio.

Mengenai pertandingan tersebut, Gira berkata penganjurnya, Kelab Menyumpit Sibu, boleh bekerjaama dengan Lembaga Pelancongan dan agensi pelancongan untuk menarik penyertaan dari luar negara. — Bernama

Sumber: Projek MMO

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPcba6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.