Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah pemimpin berkuasa dalam Pakatan Harapan adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar ‘kuda tunggangan’ kepada DAP.

Makkal Sakti berharap Dr Mahathir sedar dan tidak memperjudikan nasib orang Melayu dengan menyuruh mereka menyokong DAP. — Foto Reuters

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk RS Thanenthiran berkata DAP bersetuju untuk melantik pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah kerana mahu meraih undi orang Melayu semata-mata.

“Dalam ucapan Dr Mahathir dalam satu majlis di Pulau Pinang, Khamis lepas, memaklumkan rakyat kembali menyokong pembangkang kerana parti itu dipelopori oleh beliau dan turut mendakwa mereka (Pakatan Harapan) boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Hakikat sebenarnya PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai 38 kerusi iaitu jumlah majoriti bagi pihak pembangkang dan di situ kita boleh lihat parti itu (DAP) hanya gunakan Dr Mahathir sebagai kuda tunggangan mereka sahaja,” katanya kepada Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Mesra Aidilfitri anjuran Makkal Sakti, di sini semalam.

Beliau berharap bekas perdana menteri itu sedar dan tidak memperjudikan nasib orang Melayu dengan menyuruh mereka menyokong DAP semata-mata untuk membalas dendam terhadap parti Umno.

Sementara itu, Thanenthiran berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Makkal Sakti mendapati 65 hingga 70 peratus daripada dua juta pengundi India di negara ini akan menyokong Barisan Nasional  (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  kerana yakin hanya parti itu membela nasib mereka selama ini.

Beliau, yang mendakwa mempunyai 123,000 anggota parti ketika ini, berkata pihaknya juga telah bersiap sedia untuk menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.

“Sama ada Makkal Sakti akan diberikan kerusi bertanding pada PRU14, saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan,” katanya,

Beliau berkata partinya, yang sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan dan kepimpinan perdana menteri, tidak akan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan untuk memberi kerusi kepada parti itu  untuk bertanding dalam musim pilihan raya ini kerana ia akan memberi impak besar dan tidak baik kepada BN. — Bernama

Sumber: Projek MMO

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsHi7R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.