Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ambulans Hospital Kuala Krai yang hilang ditemui dalam bengkel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ambulans Hospital Kuala Krai yang hilang ditemui dalam bengkel

Polis menemui semula ambulans Hospital Kuala Krai yang hilang Ramadan lalu di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Labok, Machang, petang semalam.

Ambulans Hospital Kuala Krai ditemui di bengkel

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika ditemui tulisan pada kenderaan telah dibuang bagaimanapun catnya masih dalam keadaan asal.

“Bertindak dari laporan awam  polis membuat serbuan ke bengkel dan menemui semula ambulans yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Berikutan penemuan itu, dua lelaki melayu berusia 35 dan 36 tahun telah ditahan dipercayai terlibat dengan kehilangam kenderaan ini,” katanya.

Abdullah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A, Kanun Keseksaan.

21 Jun lalu, Ambulans Hospital Kuala Krai yang mengalami kerosakan brek dihantar syarikat konsesi ke sebuah bengkel di Guchil Empat untuk dibaiki.

Bagaimanapun kenderaan diletakkan di pekarangan bengkel disedari hilang pemilik premis ketika hendak memulakan operasi keesokan harinya.

Berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Krai.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Ambulans Hospital Kuala Krai yang hilang ditemui dalam bengkel

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3uvux

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.