Buaya Hantar Balik Mayat Syarifuddin Kepada Orang Kampung (Video)
Telah viral satu rakaman video amatur yang menunjukkan seekor buaya telah menolak mayat seorang lelaki ke tebing sungai, seakan-akan seperti menghantar mayat tersebut kepada penduduk kampung yang mencari mangsa kini tersebar di Indonesia, termasuk di media sosial, hari ini.
Menurut laporan yang di percayai dari Tribun Kaltim, kejadian ini telah berlaku di sungai Biatan Lempake, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur, Indonesia.
Mangsa yang mati itu dikenali sebagai Syarifuddin, penduduk tempatan yang hilang sejak semalam/
Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mati lemas atau mati akibat disambar buaya kerana ketika ditemui, buaya berkenaan sedang menggonggong mayat mangsa di tengah sungai.
Menurut jurucakap polis di Talisayan, Iptu Faisal Hamid, orang ramai yang menyusur sungai bagi mencari mangsa menjerit meminta buaya itu melepaskan mayat berkenaan.
Anehnya buaya menolak mayat ke tepi dan melepaskannya di pinggir sungai.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vE19S1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment