Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada slip gaji? Bukan lagi alasan belia tak beli rumah, Agro Bank setuju beri pinjaman tanpa slip gaji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada slip gaji? Bukan lagi alasan belia tak beli rumah, Agro Bank setuju beri pinjaman tanpa slip gaji

Para belia luar bandar yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Ismail Sabri berkata Agro Bank bersetuju memberikan pinjaman tanpa slip gaji kepada golongan belia berkuat kuasa serta merta. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perkara itu berkata kaedah itu bertujuan mengatasi masalah pemilikan rumah yang sering dihadapi golongan belia luar bandar.

“Mereka ada pendapatan sendiri, bekerja sendiri, namun tiada slip gaji bulanan seperti yang diperlukan oleh bank untuk membuat pinjaman perumahan.

“Jadi kerajaan yang prihatin dengan masalah mereka telah melakukan perundingan dengan Bank Negara dan hasilnya Agro Bank bersetuju memberikan pinjaman tanpa slip gaji kepada golongan ini berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran pembinaan rumah teres di Bandar Ketengah Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Omar Ismail.

Terdahulu ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri itu, Ismail Sabri berkata golongan belia yang mahu membuat pinjaman itu bagaimanapun perlu mendapatkan pengesahan daripada Wakil Rakyat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

“Ia hanya sebagai pengesahan bahawa pemohon itu mempunyai pendapatan untuk membayar ansuran bulanan rumah itu nanti.

“Buat masa ini kelonggaran itu hanya terbuka untuk Rumah Bina Negara di bawah KKLW, namun sekiranya ada agensi lain yang mahu mengambil langkah serupa, kementerian sangat mengalu-alukan demi kebajikan golongan belia luar bandar,” katanya.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut menyampaikan peralatan sokongan kepada pusat rehabilitasi, surat hak milik lot perumahan Ketengah dan sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional kepada anak-anak yatim.

Lebih 10,000 pengunjung hadir ke majlis sambutan Aidilfitri itu yang bertujuan meraikan penduduk di sekitar Wilayah Ketengah.

Pada tahun ini kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Felcra dan Risda (masing-masing RM100 juta) untuk pembinaan Rumah Bina Negara di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu, Risda akan membina 5,000 unit rumah RBN yang dibina di atas tanah milik sendiri manakala Felcra membina 2,000 unit RBN yang dibina secara berkelompok.

Pemohon yang layak boleh memiliki rumah RBN yang dibina Risda pada harga RM45,000 berbanding harga asal RM65,000 dengan kerajaan memperuntuk subsidi sebanyak RM20,000 bagi seunit rumah.

Bagi rumah RBN yang dibina Felcra pula, pembeli hanya membayar RM75,000 berbanding RM125,000 harga asal dengan subsidi kerajaan RM50,000. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Tiada slip gaji? Bukan lagi alasan belia tak beli rumah, Agro Bank setuju beri pinjaman tanpa slip gaji

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFqeik

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.